Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan mengagihkan bantuan keperluan asas kepada enam puluh warganya yang menetap dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Program Warga Pendidikan Pekan Cakna itu diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Ahli Parlimen Pekan, Kelab Sukan Rekreasi PPD Pekan (Kesure), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Majlis Guru Besar (MGB) dan Bank Islam.
Pegawai PPD Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata tujuan program julung kali diadakan ini dianjurkan bagi meringankan beban yang ditanggung warga PPD Pekan terkesan berikutan berada dalam PKPD.
“Enam puluh warga PPD Pekan menetap di Taman Indera Sempurna,” katanya selepas program agihan bantuan keperluan asas kepada 60 warga PPD Pekan Taman Indera Sempurna, di sini, kelmarin.