61 masjid di Rompin dapat kurma

61 masjid di Rompin dapat kurma

ROMPIN: Pejabat Ahli Parlimen Rompin mengagihkan kurma kepada 61 masjid untuk program berbuka puasa pada Ramadan kali ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Sri Hasan Arifin kepada pengerusi masjid dan wakil di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, kelmarin.

Turut menyumbang kurma kepada masjid di daerah ini ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang yang disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Baderul Sham Saad.

“Aktiviti di masjid dan surau sepanjang Ramadan dapat mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat setempat, penduduk semua peringkat usia dapat berkumpul menunaikan ibadah yang dituntut.

“Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada masjid dan surau dalam usaha memberi lebih keselesaan kepada jemaah untuk beribadah,” katanya..- MOHD IMRAN IZZAD.