PEKAN: Sekurang-kurangnya 62 warga pendidik daerah ini tampil menderma darah pada kempen derma darah Majlis Apresiasi Pendidikan Pekan 2022 di Ancasa Royale, di sini, pada 24 Mei lalu.
Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, program julung kali itu mendapat sambutan yang menggalakan daripada warga pendidik.
Menurutnya, tujuan penganjuran kempen derma darah ialah sebagai bukti keprihatinan warga pendidik dan komuniti setempat terhadap tanggungjawab sosial.
“Ramai guru yang kali pertama menderma darah,” katanya.
Beliau berkata, program menderma darah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan dan Majlis Guru Besar dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Daerah Pekan akan dijadikan acara tahunan. – MOHD IMRAN IZZAD