7 kedai makan diarah tutup 3 hari

7 kedai makan diarah tutup 3 hari

KUANTAN: Tujuh pengusaha kedai makan di daerah ini yang didapati mengabaikan kebersihan premis mereka dan diarahkan tutup tiga hari oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, tindakan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 72 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (langkah perlu bagi menjamin kesihatan awam).

“Dalam Operasi Gempur Premis Makanan itu, bermula 7 Ogos hingga kelmarin, 59 kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Kawalan dan Penyeliaan Tempat Makanan (MPK) 1983.

“Selain itu, 10 notis peringatan dan arahan melaksanakan kerja pembersihan turut dikeluarkan kepada pengusaha premis yang ingkari,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu hasil pemeriksaan di 71 premis makanan yang mendapati peniaga tidak mengendahkan notis peringatan menjaga kebersihan premis oleh MBK, pada 1 Ogos lalu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN