70 asnaf terima bantuan Mafi Prihatin 

70 asnaf terima bantuan Mafi Prihatin 

PEKAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) menyampaikan bantuan buat 70 golongan asnaf daerah ini di bawah program Mafi Prihatin. 

Selain bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan gula, Mafi turut turut menyediakan 300 kilogram sayur serta buah-buahan tempatan keluaran pekebun tempatan.

Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Wira Ghazale Muhamad berkata: “Menerusi program tanggungjawab sosial korporat itu, Mafi turut membantu golongan pekebun.” 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan Mafi Prihatin kepada 70 asnaf Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu dan Kelompok Kampung Padang Rumbia, di sini semalam. Turut sama Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri.

Beliau berkata, mangsa banjir di beberapa negeri termasuk di Pahang turut menerima bantuan Mafi Prihatin iaitu barangan keperluan asas termasuk selimut dan toto. – MOHD IMRAN IZZAD