70 pelajar pendidikan khas DUN Dong terima RM250 seorang

70 pelajar pendidikan khas DUN Dong terima RM250 seorang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

RAUB: Tujuh puluh pelajar pendidikan khas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, masing-masing menerima RM250 seorang, di sini, hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, berkata pemberian duit itu menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 bersasar yang disediakan Kerajaan Pahang.

RAUB. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin menyampaikan bantuan wang tunai RM250 kepada wakil pelajar pendidikan khas di Raub.

Katanya, pelajar pendidikan khas yang menerima bantuan itu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Bantuan diberikan menerusi ibu bapa pelajar. Bantuan ini bukti keprihatinan Kerajaan Pahang terhadap nasib pelbagai golongan rakyat di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, bagi penerima yang layak tetapi tidak dapat hadir berikutan kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mereka boleh merujuk terus kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan JKM Raub untuk pertanyaan lanjut.