78 keluarga di DUN Ibam terima bantuan BPP

78 keluarga di DUN Ibam terima bantuan BPP

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@gmail.com

ROMPIN: Tujuh puluh lapan keluarga peneroka FELDA Keratong 01 dan 02, penduduk Taman Keratong Permai dan Desa Keratong Indah yang sedang di kuarantin di rumah menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ibam, Datin Samsiah Arshad, berkata bantuan sama diberikan kepada kakitangan kilang sawit Felda Keratong 02 yang menetap di perumahan kilang sawit berkenaan

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan masalah rakyat terutama membabitkan mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 dan usaha meringankan beban mereka dilakukan secara berterusan.

“Melayu dan Orang Asli yang berhadapan masalah tetap akan diberi bantuan yang disediakan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Semua kita akan bantu di DUN Ibam ini. Tak kira apa fahaman politik mereka dan di mana rumah mereka,” katanya.