Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Seramai 950,281 orang atau 80.8 peratus daripada 1.68 juta penduduk Pahang sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat 31 Ogos lalu.
Menerusi statistik dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, seramai 777,992 atau 66.17 peratus daripada penduduk negeri ini sudah menerima satu dos suntikan.
Daripada jumlah itu, seramai 611,309 atau 51.99 peratus penduduk sudah lengkap menerima dua dos suntikan.
Menurut JKM Pahang lagi, sehingga semalam, sebanyak 1,502,605 vaksin diterima bagi kegunaan penduduk negeri ini, yang mana sebanyak 1,365,706 atau 90.8 peratus digunakan.
Di Pahang, sebanyak 79 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka iaitu di hospital, klinik kesihatan dan dewan orang ramai.
Kerajaan Pahang meletakkan sasaran 1,231,800 rakyat mendaftar untuk mendapatkan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok.