80 peratus penduduk dewasa Malaysia dah divaksin

80 peratus penduduk dewasa Malaysia dah divaksin

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com.my

KUALA LUMPUR: Malaysia akhirnya mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Justeru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, hari ini, berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjejaki baki 20 peratus penduduk yang belum atau enggan divaksinasi.

“Pada 1300hrs (1 petang) hari ini, Malaysia sudah mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi.

“Walaupun sasaran awal adalah 80 peratus populasi dewasa, sekarang @JKJAVMY (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19) akan berusaha untuk menjejaki 20 peratus lagi yang belum atau enggan divaksinasi,” katanya.

Bermula Februari lalu, kerajaan memulakan PICK dalam usaha  mengekang jangkitan wabak pandemik itu di kalangan rakyat negara ini.