883 keluarga di Mentakab terima bantuan banjir

883 keluarga di Mentakab terima bantuan banjir

TEMERLOH: Sekurang-kurangnya 883 keluarga dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab menerima bantuan wang ihsan banjir (BWI), hari ini.

Bantuan banjir itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin di Dewan Bangunan UMNO Bahagian Temerloh.

Beliau berkata, tiga sesi penyampaian bantuan dilaksanakan bagi membantu keluarga yang terkesan banjir menerima bantuan itu. 

“Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka,” katanya. 

Setiap penerima bantuan banjir itu menerima RM1,500, masing-masing RM1,000 daripada Kerajaan Pusat dan RM500 Kerajaan Pahang. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN