LIPIS: Sembilan pesakit kronik di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Benta yang menghidap pelbagai penyakit menerima sumbangan daripada Kerajaan Pahang.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benta, Dato’ Sri Mohd Soffi Abd Razak.
Mohd Soffi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Pahang, berkata bantuan yang diberikan itu diharap meringankan beban.
“Pada masa sama, ia juga dapat menampung kos perbelanjaan rawatan mereka. Sumbangan ini juga membuktikan keprihatinan Kerajaan Pahang dalam menjaga kebajikan rakyat negeri ini,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN