JERANTUT: Sembilan puluh satu penduduk Orang Asli di empat kampung di daerah ini menerima bakul makanan yang disumbangkan oleh Kerajaan Pahang.
EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Dato’ Nazri Ngah berkata, sumbangan bakul makanan itu disampaikan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Jerantut dan Pejabat Daerah Jerantut.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, berkata 35 bakul makanan itu dihantar ke Kampung Orang Asli Semata, Sungai Bangkong (48), Bunjut (5) dan Rengai (3).
Katanya, sumbangan itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, sangat prihatin dan sentiasa membantu masyarakat, termasuk Orang Asli. – MUHAMMAD NAJMIE