914 murid di Semambu dapat BPP 2022 

914 murid di Semambu dapat BPP 2022 

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 914 murid Tahun Satu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu menerima RM100   Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022.

Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato’ Indera Mustaffar Kamal Ab Hamid, berkata peruntukan itu membabitkan RM91,400 untuk sembilan sekolah kebangsaan.

Katanya, bantuan itu adalah usaha Kerajaan Pahang bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri  Wan Rosdy Wan Ismail, untuk membantu meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan awal persekolahan.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian RM100 di Dewan Badminton Cenderawasih Timur, di sini, semalam. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN