92 surau Orang Asli dapat bantuan Ihya Ramadan

92 surau Orang Asli dapat bantuan Ihya Ramadan

KUANTAN: Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan bantuan Ihya Ramadan RM262,000 kepada 92 surau di perkampungan Orang Asli di Pahang.

Daripada jumlah itu, RM2,000 diberikan kepada setiap 79 surau manakala baki 13 surau yang mendapat kebenaran menunaikan solat Jumaat, masing-masing menerima RM6,000. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bantuan Ihya Ramadan diberikan bagi kegunaan mengadakan aktiviti sepanjang Ramadan seperti majlis berbuka puasa dan moreh.

Menurutnya, jawatankuasa masjid dan surau perlu menggunakan sepenuhnya bantuan yang diberikan untuk mereka mengimarahkan lagi Ramadan kali ini.

“Program berbuka puasa dan moreh yang diadakan di masjid dan surau diharap dapat menarik minat lebih ramai lagi Orang Asli Islam untuk datang beribadah seterusnya menceriakan lagi Ramadan,” katanya, di sini, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD