MARAN: Sekurang-kurangnya 930 amil bertauliah di Pahang akan bertugas menerima zakat fitrah pada Ramadan kali ini.
Pengarah Bahagian Agihan Zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, Kuantan mempunyai 172 amil diikuti Temerloh (122), Pekan (94), Lipis (80) dan Jerantut (65).
Menurutnya, di Raub terdapat 69 amil, Bera (67), Bentong (55), Muadzam Shah (36), Chenor (30), Rompin (29) dan Cameron Highlands (10).
Katanya, amil yang bergejala tidak dibenarkan bertugas dan mereka juga
tidak dibenarkan bersalam.
“Amil yang bertugas perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama membabitkan jarak dan sentiasa menggunakan pelitup hidung dan mulut.
“Saya juga berharap mereka yang membayar zakat dapat turut sama dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata, jumlah amil bertauliyah akan ditambah sekiranya keadaan memerlukan bagi memberi lebih keselesaan kepada pembayar zakat.
Menurutnya, penetapan kadar zakat fitrah negeri ini bagi 202 masih sama iaitu RM7. – MOHD IMRAN IZZAD.