MARAN: Sekurang-kurangnya 9,400 kotak Aidilfitri disediakan kepada golongan yang memerlukan di kawasan Parlimen Maran.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin, berkata pengagihan kotak itu akan diuruskan 49 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
Katanya, sumbangan kotak Aidilfitri itu sebagai tanda ingatan yang diharap menceriakan mereka yang kurang bernasib baik.
“Ketika ini, kotak Aidilfitri sedang diedarkan di seluruh Pahang di bawah inisiatif Bantuan Prihatin Pahang 2022.
“Kerajaan negeri membelanjakan RM6 juta untuk inisiatif ini,” katanya juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN