Ab Hamid minta jalan utama di Kampung Sepat dibaiki segera

Ab Hamid minta jalan utama di Kampung Sepat dibaiki segera

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Laluan utama pengguna jalan raya di Kampung Sepat, di sini, akan diperbaiki segera bagi mengelak kejadian tidak diingini. 

Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar, berkata ketika ini, keselamatan pengguna jalan raya diutamakan bagi mengelak berlaku kemalangan.

“Jalan ini perlu segera diselenggara kerana berisiko tinggi dan kerap berlaku kemalangan. Perkara ini saya dah beritahu kepada Menteri Kerja Raya (Dato’ Sri Fadillah Yusof) untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas melakukan tinjauan di jalan terbabit.

Pada masa sama, jalan berkenaan turut menjadi laluan utama penduduk terutama mereka yang ingin beriadah di pantai Sepat.