LIPIS: “Empat bulan lalu, saya berjumpa dengan Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamed. Saya minta bantuan kaki palsu.
“Nak beli sendiri tidak mampu kerana kos kaki palsu agak mahal iaitu RM6,700, ” kata Hamidun Khamis, 70, veteran tentera dari Kampung Bapong.
Katanya, beliau tidak sangka Abdul Rahman ke rumah dan menyerahkan sendiri kaki palsu kepadanya saya walaupun jadual kempen agak padat.
“Mana nak cari wakil rakyat macam ini? Beliau hantar sendiri kaki palsu ini ke rumah saya. Inilah pemimpin yang mengambil berat masalah rakyat,” katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, Hamidun memang datang bertemunya untuk dapatkan bantuan kewangan membeli kaki palsu.
“Saya setuju bantu beliau. Apatah lagi, beliau adalah bekas tentera yang banyak berjasa kepada negara. Alhamdulillah, semoga sumbangan ini dapat memudahkan urusan sehariannya,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE