Agih seribu bubur lambuk di stadium

Agih seribu bubur lambuk di stadium

KUANTAN: Kira-kira seribu bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM), semalam.

Pengagihan bubur lambuk itu dilakukan di kawasan letak kenderaan PSDM yang bertujuan berkongsi rezeki pada Ramadan tahun ini.

Pengerusi kelab itu, Izuddin Mohd Kenali berkata, 25 kakitangan berganding bahu menjayakan program pengagihan bubur lambuk itu.

“Saya berterima kasih kepada semua kakitangan yang turut sama membantu menjayakan program ini,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang,  Dato’ Sri Mohd Johari Hussain.

Beliau berkata, peruntukan untuk menjayakan program itu adalah hasil sumbangan yuran ahli kelab.

“Daripada 30 kilogram beras, kita dapat menyediakan 1,000 bekas bubur lambuk. Alhamdulillah semoga rezeki yang dikongsikan ini akan membawa keberkatan kepada semua,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN