Agong dan Permaisuri Agong dapat ikan besar hasil memancing

Agong dan Permaisuri Agong dapat ikan besar hasil memancing

KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, semalam berkenan berangkat melaksanakan aktiviti memancing di sebuah kolam memancing di Rawang, Selangor.

Berangkat sama, paduka anakanda baginda berdua, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, semalam berkenan berangkat melaksanakan aktiviti memancing di sebuah kolam memancing di Rawang, Selangor.

Menerusi perkongsian Istana Negara di laman Facebook rasminya, Al-Sultan Abdullah dilaporkan berjaya menaikkan seekor siakap merah dan jenahak seberat 2.5 kilogram seekor.

Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan pemancing di kolam berkenaan.

Baginda berdua kemudiannya berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan dan beramah mesra dengan pengunjung restoran itu. – HELMY ABD RAHMAN