Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham YM Tengku Adilah Tengku Muhammad yang pulang ke rahmatullah semalam.
Allahyarhamah Tengku Adilah ialah bonda saudara Al-Sultan Abdullah.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara semalam, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
“Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.
“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” menurut kenyataan itu.