Agong dan Raja Permaisuri ucap takziah 

Agong dan Raja Permaisuri ucap takziah 

KUANTAN: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga

Dato’ Wan Abdul Rahman Wan Ibrahim yang kembali ke rahmatullah, hari ini

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi Istana Negara, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku  Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Wan Abdul Rahman yang juga Orang Kaya Indera Perba Jelai negeri Pahang.

Baginda berdua menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan.

Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN