KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah kini dilaporkan berada dalam keadaan gering di bahagian kaki.
Menerusi kenyataan media dikeluarkan Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda kini sedang menjalani pemeriksaan dan pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di sini.
“Bagaimanapun, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
“Sehubungan itu, program yang dijadualkan berlangsung hari ini dan semua program-program terdekat yang membabitkan keberangkatan Seri Paduka Baginda, ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan
kelak,” jelasnya.
Menurutnya, Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.
“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan berpanjangan,” katanya. – HELMY ABD RAHMAN