Agong, Permaisuri berkenan masak bubur lambuk

Agong, Permaisuri berkenan masak bubur lambuk

KUANTAN: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat memasak bubur lambuk di perkarangan dapur Istana Abdulaziz, di sini hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Istana Pahang hari ini, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikhabarkan memulakan kerja menyiapkan bahan memasak pada 10 pagi dengan dibantu petugas istana.

“Sentuhan air tangan baginda itu akan diedarkan kepada pengunjung untuk berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 di sini, pada 5 petang ini.

“Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk resipi istimewa Raja Permaisuri Agong berjaya disiapkan,” petik hantaran itu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN