KUANTAN: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu.
Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga rakyat dan keluarga tersayang dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan.
Istana Negara menerusi hantaran Facebook rasminya mengharapkan sambutan Tahun Baru Cina mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.
Sehubungan itu, baginda berdua menasihati rakyat dalam meraikan hari yang bermakna ini mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri dengan berdisplin mengamal kawalan kendiri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN