Agong positif COVID-19, jalani kuarantin kendiri di Istana Negara

Agong positif COVID-19, jalani kuarantin kendiri di Istana Negara

KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga 7 April ini selepas disahkan positif COVID-19.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula, yang juga disahkan positif COVID1-19, menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga 8 April.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata kesihatan baginda berdua dalam keadaan baik dan hanya mempunyai gejala ringan.

“Bersempena ketibaan Ramadan yang mulia, baginda Tuanku menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara sudah memasuki Fasa Peralihan ke endemik COVID-19 semalam.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua dikumiakan kesembuhan dengan segera serta dikumiakan keafiatan berpanjangan,” katanya. HELMY ABD RAHMAN