KDYMM Seri Paduka Baginds Yang di/Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, di Kuantan.
Keberangkatan tiba baginda pada 8.20 pagi dengan diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, disambut YAB Menteri Besar Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Turut berada di masjid ialah barisan pentadbiran negeri dan Mufti Pahang, Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Solat sunat hari ini dipimpin Imam Besar Masjid Tengku Ampuan Afzan, Mohd Hafidz Suhailie yang turut menyampaikan bacaan khutbah Aidiladha.
Selesai solat, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan menyaksikan ibadah korban yang berlangsung di pekarangan masjid yang turut membabitkan lembu sumbangan baginda.