Agong santuni peniaga gerai di Beserah

Agong santuni peniaga gerai di Beserah

KUANTAN: Peniaga kecil di Jalan Beserah – Sungai Karang di sini, boleh dikatakan bertuah apabila gerai jualan mereka disantuni KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, baginda berdua berkenan berangkat menyantuni gerai peniaga terbabit petang tadi.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyantuni para peniaga gerai di Jalan Beserah – Sungai Karang, Kuantan pada petang hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua juga berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar dengan pengunjung.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan membeli juadah makanan dan buah durian sebelum berangkat pulang ke Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, di sini,” petik hantaran itu. – HELMY ABD RAHMAN