Agong serah kunci pemilik rumah OKU

Agong serah kunci pemilik rumah OKU

#Pekan- Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyerahkan kunci rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada penerima orang kurang upaya (OKU), Mohd Khairi Othman, 47 tahun di Kampung Tanjung Pulai, Pekan.

Turut hadir dimajlis tersebut, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Dato Sri Johari Harun, Setiausaha Kerajaan Pahang Dato’ Sri Sallehuddin Ishak, Ketua Polis Pahang, Dato Sri Ramli Mohamed Yoosuf, dan barisan exco-exco negeri Pahang.

Mohd Khairi merupakan orang kurang upaya (OKU) sejak lahir, berniaga barang runcit di rumahnya; sebelum ini terletak di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Tanjung Pulai, Pekan dan kediamannya kerap berlaku banjir- Kabhi Ismail