Aguero sah ke Perak FC II

Aguero sah ke Perak FC II

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Teka-teki Sergio Aguero akan dipinjamkan ke kelab lain terjawab apabila Sri Pahang FC mengumumkan Perak FC II menjadi destinasi penyerang import dari Argentina itu.

  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, pemain import berumur 27 tahun itu akan bersama Perak FC II selama satu musim.

  Katanya, Sri Pahang berterima kasih kepada pengurusan Perak FC II di atas persetujuan yang ditermeterai.

  “Sri Pahang mengharapkan Aguero dapat mempamerkan pestasi terbaik bersama Perak FC II dalam saingan Liga Perdana musim ini,” katanya.

  Baru-baru ini, Sri Pahang memutuskan Aguero akan dipinjamkan ke pasukan lain kerana hanya lima kuota import dibenarkan beraksi.

  Keputusan itu terpaksa dilakukan selepas Sri Pahang menandatangani penyerang import dari Ukraine, Yevhen Bokhashvili.

  Ketika itu, Sri Pahang sudah memenuhi kuota lima import sebelum mengambil keputusan meminjamkan Aguero ke kelab lain untuk memastikan dia dapat terus beraksi.

  Selain Bokhashvili, empat import yang menyarung jersi Sri Pahang musim ini ialah Herold Goulon, Pedro Henrique, Lee Tuck dan Mamadou Wague.