KUANTAN 14 November 2024 (FIKRAH PAHANG) – Pelajar Darul Uloom Al- Islamiah, Muhammad Aiman ZakaniI hari ini dinobatkan johan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang 2024 bagi kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk dengan keseluruhan markah sebanyak 90.84% peratus.
Manakala Nur Alya Farhani Mohd Ghazali dari Jengka diumum sebagai johan kategori hafazan perempuan kategori 1 hingga 30 juzuk dengan markah 90.78% peratus.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, semua pihak perlu bersama-bersama menghormati dengan menjaga keharmonian masjid.
Beliau mengulas seperti harapan yang dititahkan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah tentang isu yang berkait dengan agama, pembendongan ajaran sesat dan pemerkasaan kuasa Mahkamah Syariah.
“Jangan salahgunakan tauliah yang telah diberi oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), gunakan tauliah yang diberikan untuk mengajar agama dengan betul, dengan baik, tanpa ada unsur-unsur yang berkaitan dengan parti politik, makna jangan ambil kesempatan berkempen pulak” katanya dalam satu kenyataan dilaman Facebook miliknya hari ini.
Sementara itu, majlis hafazan yang di adakan selama tiga hari bermula Selasa itu disertai 51 pelajar institusi pengajian Islam seluruh Pahang dengan 30 peserta yang menyertai enam kategori iaitu kategori 1-10 juzuk (lelaki), kategori 1-10 juzuk (perempuan), kategori 1-20 juzuk (lelaki), kategori 1-20 juzuk (perempuan), Kategori 1-30 juzuk (lelaki) dan Kategori 1-30 juzuk (perempuan).
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Ahmad Hairi Hussain, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Abdul Zaki Md Zin dan Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Profesor Dato’ Dr. Mohd Zawavi Zainal Abidin.
Oleh : ZULKEPLI OSMAN