Akhbar Fikrah Pahang diedar kepada pengunjung Pasar Pagi Terbuka Peramu

Akhbar Fikrah Pahang diedar kepada pengunjung Pasar Pagi Terbuka Peramu

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmailcom.my

KUANTAN: Perasmian Pasar Pagi Terbuka Peramu di sini hari ini, turut menyaksikan pengedaran akhbar Fikrah Pahang kepada peniaga dan pengunjung pasar berkenaan.

Majlis perasmian yang disempurnakan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Dato’ Hamiza Hamzah itu turut dihadiri, Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Dato’ Sri Ab Hamid Nazahar.

Akhbar Fikrah Pahang yang diterbitkan dua bulan sekali itu diedarkan secara percuma sebanyak 15,000 naskhah di seluruh Pahang.

Akhbar terbitan Penerangan Umno Negeri Pahang itu  memuatkan pelbagai cerita menarik antaranya membabitkan bidang agama, politik, sosial, ekonomi dan sukan yang di negeri ini.

Edisi online boleh dibaca dengan melayari http://fikrahpahang.com.my