Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUALA LUMPUR: Akhbar Fikrah Pahang mencatat sejarah tersendiri hari ini apabila ‘merentas negeri’ ini untuk ditatap Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Penyerahan Fikrah Pahang edisi terbaru itu dilakukan Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha, Dato’ Sri Ab Hamid Nazahar selepas Majlis Penutup Pertandingan Pidato Piala Presiden Umno 2021 yang bermula sejak semalam.
“Hari ini saya bersama Dato’ Sri Ab Hamid sempat menyerahkan akhbar Fikrah Pahang terbaru kepada Presiden dan Timbalan Presiden (Umno) untuk tatapan mereka.
“Tekun dan ‘enjoy’ (seronok) benor nampaknya Datuk Seri Zahid menelaah Fikrah Pahang. Tahniah kepada pencetus idea dan tenaga kerjanya,” katanya.
Terdahulu, Syed Ibrahim sempat mengadakan pertemuan dan makan tengahari bagi meraikan pemidato dan urusetia yang mewakili Pahang ke pertandingan berkenaan yang disertai 39 peserta dari seluruh negara.
“Mereka yang mewakili Pahang ialah Nabil Fikri Nor Azmi dari Umno Bahagian Temerloh; Noraini Mohamad Shah (Cameron Highlands) dan Asrullah Affendi Abdullah (Paya Besar),” katanya.