Aktiviti Hari Sukan Negara dalam talian

Aktiviti Hari Sukan Negara dalam talian

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@gmail.com

JABATAN Belia dan Sukan (JBS) Pahang mensasarkan kira-kira 120,000 individu bakal terbabit dalam 198 aktiviti sempena sambutan Hari Sukan Negara di Pahang, bermula Sabtu ini. 

Program tiga hari itu akan dirasmikan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Stadium Darul Makmur, yang hanya dihadkan kepada 50 penonton.

Timbalan Pengarah (Sukan) JBS Pahang, Mohamad Suhaizan Selamat, berkata pelbagai aktiviti akan diadakan di peringkat daerah dan negeri dengan tema Keluarga Malaysia.

Menurutnya, sejak Hari Sukan Negara diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) enam tahun lalu, ini kali pertama ia diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Katanya, mereka berminat boleh melayari Facebook dan Instagram JBS Pahang bagi mendapatkan maklumat dengan mengimbas kod QR.

“Semua maklumat aktiviti serta pertandingan yang diadakan sepanjang Hari Sukan Negara peringkat Pahang dipaparkan bagi kemudahan pihak yang berminat menyertainya,” katanya. 

Beliau berkata, antara aktiviti secara dalam talian ialah senamrobik, bual bicara Keluarga Malaysia dan bicara paralimpik Pahang.