Alhamdulillah, boleh dah duduk awal tahun depan

Alhamdulillah, boleh dah duduk awal tahun depan

Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’  Seri Mazlan Lazim berkata, projek membabitkan 60 unit rumah itu diluluskan pada Rancangan Malaysia Ke-7 dengan kos asal RM11.9 juta.

“PDRM menerima peruntukkan RM150 juta daripada kerajaan pusat dan RM1.8 juta telah disalurkan untuk projek perumahan ini bagi membaiki dan menyiapkannya,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di projek perumahan terbabit, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Pahang, Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf  dan Timbalan Ketua Polis Pahang, Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri.

Mazlan berkata, projek perumahan itu untuk kemudahan pegawai rendah di IPD Maran dan sebagai kebajikan kepada anggota terbabit.

“Ada sebahagian daripada anggota di IPD Maran sebelum ini terjejas teruk akibat banjir yang melanda daerah ini dan dengan adanya kemudahan rumah ini dapat memberi keselesaan kepada mereka.

“Projek ini kini 95 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi dan akan mula diduduki awal tahun depan,” katanya. – FATH AHNAF