Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
KUANTAN: Sekurang-kurangnya 522 kes harian Covid-19 direkodkan di Pahang, hari ini, turun 108 berbanding 630, semalam.
Pada masa sama, kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan penurunan apabila 8,075 kes baharu berbanding 9,066 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini 2,285,640 kes.
Katanya, dua negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka iaitu Sarawak dengan 1,189 kes dan Kelantan (1,020).
“Pulau Pinang pula merekodkan 853 kes baharu, Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628) dan Perak (548).
“Melaka mencatatkan 219 kes, Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan Labuan (dua),” katanya menerusi Facebook, hari ini.