Alhamdulillah…dapat ayam, dapat sayur

Alhamdulillah…dapat ayam, dapat sayur

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

TEMERLOH: Seratus dua puluh lima keluarga Orang Asli Kampung Pasu di Kuala Krau, di sini, hari ini, menerima sumbangan ayam dan sayur.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato’ Sri Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Dato’ Sri Mohamed Jaafar.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, berkata barangan basah itu dikhususkan kepada penduduk yang sedang dikuarantin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pasu.

“PKPD di kawasan kampung itu dilanjutkan hingga 9 Oktober ini. Diharapkan sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga terbabit. Terima kasih juga kepada semua yang membantu mengagihkan sumbangan ini,” katanya.