KUANTAN: Sekurang-kurangnya 106 mangsa banjir daripada 27 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang sehingga 12 tengah hari ini.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan dan Rompin.
Daripada jumlah itu, 66 mangsa di Pekan di samping Rompin (40), berbanding 141 mangsa banjir daripada 34 keluarga berada di empat PPS, kira-kira 8 pagi, hari ini.
Sementara itu, berdasarkan maklumat Portal Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras waspada.
Antaranya Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi Bentong dan Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN