Alhamdulillah, jumlah mangsa banjir kian turun

Alhamdulillah, jumlah mangsa banjir kian turun

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 47 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Pahang yang menempatkan 1,820 mangsa daripada 549 keluarga, pagi ini.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di sembilan daerah iaitu Lipis, Bera, Maran, Rompin, Jerantut, Kuantan, Pekan, Temerloh dan Raub, 

Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding semalam, yang merekodkan 54 PPS yang menempatkan 2,252 mangsa banjir daripada 670 keluarga.

Sementara itu, tiga sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Pekan.

Sungai terbabit adalah Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera  dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan.

Selain itu, enam sungai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran, manakala paras waspada pula membabitkan sembilan sungai.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN