Alhamdulillah, Kerajaan benarkan pengeluaran khas KWSP RM10,000

Alhamdulillah, Kerajaan benarkan pengeluaran khas KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata perincian mengenai kaedah pengeluaran khas itu akan dilakukan Kementerian Kewangan dan KWSP dalam masa terdekat.

“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitia menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. 

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru, hari ini, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Khas YAB Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Ia merangkumi jumlah sebanyak RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu. – HELMY ABD RAHMAN