Alhamdulillah, Mentakab dah pulih

Alhamdulillah, Mentakab dah pulih

TEMERLOH: Keadaan banjir di Mentakab pulih sepenuhnya, semalam.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata bandar Mentakab turut diterangi cahaya lampu, malam tadi.

“Alhamdulillah, bandar Mentakab terang semula. Terbaik TNB Careline,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mentakab terutama di kawasan bandar antara paling teruk terjejas berikutan dilanda banjir besar.

Ketika ini, daerah yang masih terjejas adalah Maran, Kuantan, Pekan, Bera, Temerloh dan Temerloh yang memberi kesan terhadap 18,447 mangsa banjir daripada 5,576 keluarga. –  MUHAMMAD IZZ ZAHIN