Alhamdulillah, penduduk Kampung Pandan 2 dapat jambatan baharu

Alhamdulillah, penduduk Kampung Pandan 2 dapat jambatan baharu

KUANTAN: Penduduk Kampung Pandan 2 dan kawasan sekitarnya, di sini, diharap gembira dengan kemudahan jambatan baharu yang lebih selesa.

Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, beliau berharap kemudahan baharu itu dapat menyelesaikan masalah jambatan sempit yang dihadapi penduduk sebelum ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang menyiapkan jambatan ini sepantas mungkin untuk kegunaan penduduk setempat.

“Saya harap masalah jambatan sempit, rendah, sering kali tenggelam apabila banjir dan sehingga menyebabkan sampah tersangkut dapat diselesaikan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan I meminta penduduk yang menggunakan jambatan itu supaya berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN