Alhamdulillah, program TFD dah sampai Mesir

Alhamdulillah, program TFD dah sampai Mesir

KUANTAN: Program Tafaquh Fiddin Negeri Pahang (TFD) yang dilaksanakan kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang (YP) diperluaskan sehingga ke Mesir. 

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Dato’ Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, program TFD dilaksanakn dengan kerjasama di antara YP dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim).

Menurutnya, program TFD yang diselaraskan oleh YP dilaksanakan secara percuma dan disertai 3,759 peserta sepanjang 2015-2022. 

“Program ini diperkenalkan di Mesir pada awal 2019 dan ia memberi manfaat kepada lebih 250 penuntut terdiri daripada anak Pahang di Kaherah dan Mesir dengan memberi keutamaan kepada subjek teras yang juga silibus tetap penuntut Universiti Al-Azhar,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi milik, pada Khamis. 

Beliau berkata, program itu bertujuan menyediakan kemudahan bagi mempelajari ilmu pengajian Islam secara sistematik dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.  

Katanya, pada awalnya program TFD hanya membabitkan empat masjid di Kuantan, Pekan dan Bentong pada 2015, tetapi kini membabitkan 23 masjid seluruh Pahang. 

Syed Ibrahim berkata, Kerajaan Pahang menggerakkan lebih 700 program takmir dan briged dakwah melalui Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam, Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Mufti Pahang. – FATH AHNAF