KUANTAN: Hanya berbaki 1,171 mangsa banjir daripada 322 keluarga di 30 pusat pemindahan sementara (PPS), pada kira-kira 12 tengah hari ini.
Jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 1,369 mangsa banjir daripada 410 keluarga masih ditempatkan di 32 PPS, pada kira 8 pagi, hari ini.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa di Temerloh, Maran, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, tiga sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing dua di Bera dan Pekan.
Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai terbabit ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera merekodkan bacaan melepasi paras bahaya.
Dua sungai pula merekodkan bacaan paras amaran, masing-masing di Sungai Triang di Triang, Bera dan Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran, manakala Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub, Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, Bentong dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan melepasi paras waspada.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN