Alhamdulillah, rindu tarawih berjemaah di masjid sudah terlerai.

Alhamdulillah, rindu tarawih berjemaah di masjid sudah terlerai.

Oleh Helmy Abd Rahman dan Izzah Yussof

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

Gambar/video Izzah Yussof

KUANTAN: Selepas terpaksa ‘bercuti’ daripada menunaikan tarawih di masjid dan surau sepanjang Ramadan tahun lalu, mulai Isnin lalu, solat sunat itu dapat dilaksanakan secara berjemaah kembali.

  Rata-rata jemaah ditemui menyatakan rasa syukur dan gembira kerana dapat mengerjakan ibadah itu di masjid dan surau, biarpun dalam tempoh masa terhad.

Imam Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau, Muhammad Zulkarnain bin Shamsudin,36

  Imam Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau, Muhammad Zulkarnain Shamsudin, 36, berkata, dia amat merindui pengalaman solat tarawih secara berjemaah di masjid.

  “Tahun lalu kita tidak berpeluang solat tarawih berjemaah di masjid dan saya secara peribadi berasa amat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana tahun ini dapat kembali berbuat demikian.

  “Jadi eloklah kita mengambil kesempatan ini untuk datang ke masjid bagi kita sama-sama bertarawih dan menghidupkan Ramadan tahun ini,” katanya ketika ditemui Fikrah Pahang di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau, di sini, malam tadi.

  Ahli kariah, Nashatul Shima Mohamed Nasir, 44, berkata, pengalaman mengerjakan solat tawarih berjemaah di masjid baginya amat berbeza berbanding di rumah.

Jemaah Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau, Nashatul Shima binti Haji Mohamed Nasir,44

  “Syukur sangat-sangat, hanya Allah yang tahu. Walaupun masjid ini kita buat lapan rakaat, itupun sudah memadai daripada tiada langsung,” katanya.

  Abu Bakar bin Harun, 64, pula berkata, dia amat merindui untuk mengerjakan solat tarawih berjemaah di masjid selepas tidak dapat melakukannya tahun lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19.

Jemaah Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau, Abu Bakar bin Harun,64

  “Alhamdulillah, ini adalah saat yang dinanti-nantikan,” katanya.

.