Alhamdulillah, seronok dapat rumah sendiri 

Alhamdulillah, seronok dapat rumah sendiri 

JERANTUT: “Saya sungguh gembira dan bersyukur kerana dapat rumah sendiri di atas tanah sendiri melalui program Rumah Mesra Rakyat,” kata Nazatul Syuhada Puat Lottfi, 26, dari Kampung Batu Leja. 

Katanya, impiannya untuk memiliki rumah sendiri tercapai apabila permohonan untuk mendapatkan rumah baharu direalisasikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan mula menduduki kediaman itu hari ini.

“Suami saya, Muhammad Iqhwan Idham, walaupun bekerja sebagai pemandu lori sawit, kami yakin mampu menyediakan ansuran bulanan kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya. 

Ibu kepada cahaya mata lelaki berusia tiga tahun itu berkata, dia dan suaminya gembira kerana mempunyai rumah yang moden dan dibina di atas tanah miliknya di kampung tempat kelahirannya. – MUHAMMAD NAJMIE