KUANTAN: Penduduk Sungai Lembing, di sini, bersyukur dan berterima kasih atas usaha menyediakan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di pekan itu.
Mereka gembira kerana tidak perlu lagi ke Taman Impianku dan stesen pam petrol untuk mengeluarkan wang.
Penduduk, Zulkefli Talib, 55, dari Sungai Lembing, berkata beliau bersyukur kerana impian penduduk akhirnya menjadi kenyataan.
“Sebagai penduduk Sungai Lembing sudah pasti saat ini ditunggu-tunggu bukan sahaja memberikan kemudahan kepada penduduk, malah kepada pelancong yang datang ke sini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata beliau bersyukur apabila penantian penduduk Sungai Lembing untuk mempunyai ATM sudah berakhir.
“Apa yang penting bagi saya adalah penduduk sekitar Sungai Lembing tak perlu lagi pergi jauh untuk mengeluarkan wan. Terima kasih Bank Simpanan Nasional (BSN) dan semua pihak yang turut bersama-sama saya untuk memastikan ATM ini dapat diadakan.
“Kepada penduduk kampung, jagalah mesin ATM ini untuk kegunaan bersama,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN