KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan Allahyarham Dato’ Abdul Wahab Mohamad Ali adalah insan yang komited dan amanah dalam menjalankan tugas.
“Beliau adalah figura penting dalam membantu saya menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Negeri Pahang Darul Makmur. Jasa dan bakti beliau akan dikenang buat selama-lamanya.
“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, menaikkan darjatnya dan menempatkannya bersama orang-orang yang soleh, amin, al-Fatihah,” kata Wan Rosdy menerusi hantaran di Facebook.
Allahyarham Abdul Wahab yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.42 petang, hari ini. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN