Kuantan 9 Februari 2023. Hampir 300 penghuni Penjara Penor hari ini berselawat berjemaah bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad , Timbalan Pengarah Penjara Penor, Penguasa Penjara (PP) Ahmad Ikhwan Naim Mohd Zin dan pegawai kanan penjara.
Program dimulakan dengan selawat pimpinan pelajar Ribath Mustaffa Sungai Karang dan diikuti oleh tausiah maulid oleh Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad sendiri.
Pembantu Guru Agama penjara, Sarjan Penjara Mohd Azam Mohd Amin berkata, dengan program yang di adakan ini dapat memberikan kesedaran dalam didikan agama selain keinsafan seterusnya bagi menyekat golongan terbabit daripada mengulangi kesalahan sama.
“Kita yakin pendekatan agama boleh memberi keinsafan dari dalam hati mereka bukan insaf kerana menerima hukuman penjara “katanya mengakhiri perbualan dengan Fikrah Pahang- KABHI ISMAIL