Alza simbol usaha, dedikasi UMP

Alza simbol usaha, dedikasi UMP

 PEKAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza sumbangan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Sumbangan itu adalah sebagai penghargaan Perodua terhadap UMP yang kekal sebagai universiti pertama yang menerima Sijil Bersih daripada Jabatan Audit Negara 10 tahun berturut sejak 2012.

Sumbangan replika kunci Alza dan cek bernilai RM10,000 itu diterima Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Dr Yuserrie Zainuddin pada Majlis Anugerah Hari Kualiti dan Inovasi 2022 yang berlangsung di Dewan Serbaguna UMP Pekan, di sini, hari ini.

Penghargaan itu disampaikan Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar pada majlis yang dirasmikan oleh Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dr Abu Musa Asa’ari Mohamed Nor.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, sumbangan Perodua Alza adalah simbol pengiktirafan usaha dan dedikasi terhadap kualiti dan integriti seperti mana mereka amalkan di Perodua. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN